UKM melonjak ke tangga ke-11 dalam senarai pungutan pingat apabila berjaya mengumpulkan 4 pingat emas, 3 perak dan 3 gangsa. 4 pingat emas yang telah diperolehi masing-masing menerusi sukan pencak silat (3) dan ping pong L (1). Pingat perak pula berjaya diperolehi daripada sukan taekwando dan kayak. Manakala 3 pingat gangsa berjaya dipungut menerusi sukan taekwando. Hasrat UPM untuk terus kekal di tempat pertama dalam aksi yang telah memasuki hari ke-6 tidak kesampaian apabila UiTM berjaya memintas senarai pungutan pingat apabila berjaya membawa pulang 29 pingat emas, 12 perak dan 22 gangsa. Mari kita sama-sama mendoakan supaya kemenangan diperolehi oleh pasukan UKM FC.
No comments:
Post a Comment