Thursday, 8 November 2012

BOLA TAMPAR PANTAI SUKIPT 2012 : UKM MUDAH TUNDUKKAN KKNM UNTUK LAYAK KE SEPARUH AKHIR


Gandingan sensasi UKM bagi acara bola tampar pantai berjaya mengetepikan pasangan yang mewakili Kolej Komuniti Negeri Sembilan/Melaka (KKNM) pada aksi suku akhir sebentar tadi. UKM yang menurunkan gandingan terkuat bagi menebus kehampaan selepas tidak berjaya membawa pulang pingat bagi acara bola tampar dewan. UKM bakal turun pada aksi separuh akhir petang ini dalam misi untuk memburu pingat emas bagi acara bola tampar pantai.mari kita sama-sama mendokan kejayaan pasangan UKM.

No comments:

Post a Comment