Friday, 2 November 2012

BOLA SEPAK GRAND FINAL LIGA IPT : UKM & UMS BERTEMU PADA AKSI SUKU AKHIR


PERLAWANAN SUKU AKHIR
UKM vs UMS
4.00 Petang
Stadium UKM, Bangi

UKM dan UMS bakal bertemu dalam saingan suku akhir Bola Sepak Grand Final Liga IPT bagi menempah satu slot ke peringkat separuh akhir petang esok. UKM yang masih segar dengan kemenangan 4-0 semasa menentang pasukan UiTM Pahang petang semalam pasti menurunkan barisan terkuat untuk memastikan tempat ke peringkat separuh akhir. UMS juga dijangka bakal menurunkan kesebelasan utama yang berjaya membenam pasukan lawan pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan A kelmarin, seterusnya menyaksikan UMS berjaya memintas kedudukan UPM sebagai naib johan kumpulan A hasil kelebihan jaringan gol. Sama-sama kita doakan kejayaan memihak kepada pasukan UKM...Go UKM Go...

No comments:

Post a Comment