KEPUTUSAN SUKU AKHIR :
UKM ( 3 ) vs UMS ( 0 )
K.Ruben 1 jaringan
Nazri 2 jaringan
UKM berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan Bola Sepak Grand Final Liga IPT 2012 apabila berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir selepas mudah menundukkan Universiti Malaysia Sabah dengan keputusan 3 berbalas 0. Walaupun perlawanan antara kedua-dua pasukan nampak agak perlahan kerana keadaan padang yang bertakung dengan air hujan, UKM tetap berjaya menguasai lebih separuh perlawanan sepanjang tempoh 90 minit permainan. Gol pertama UKM terhasil pada babak pertama perlawanan menerusi pemain sensasi UKM iaitu K.Ruben. 2 lagi gol terhasil pada babak kedua menerusi pemain sayap meningkat naik iaitu Nazri. Perlawanan Peringkat separuh akhir bakal berlangsung petang esok di Stadium UKM pada pukul 4 petang. Sama-sama kita doakan kejayaan memihak kepada pasukan UKM. Go UKM Go...
PERLAWANAN SEPARUH AKHIR :
UKM vs ???
4.00 Peetang
Stadium UKM, Bangi
No comments:
Post a Comment