SEPARUH AKHIR :
UKM vs UM
4.00 Petang
Stadium UKM, Bangi
Perlawanan separuh akhir di antara UKM menentang UM seolah-olah ulangan perlawanan akhir MASUM CUP bulan lepas. Perlawanan ini bakal menyaksikan pertembungan hebat di antara kedua-dua pasukan. UKM pasti ingin menebus kehampaan yang diterima semasa perlawanan akhir MASUM CUP yang lalu apabila UKM tewas ditangan UM. Kehadiran semula K.Ruben kedalam kesebelasan utama UKM pasti menaikkan semangat pemain-pemain untuk memenangi perlawanan separuh akhir esok. Dengan aksi yang konsisten yang dipamerkan oleh para pemain UKM sepanjang Grand Final Liga IPT ini pasti memberi satu kelebihan kepada UKM apabila bakal beraksi di gelanggang sendiri pada aksi separuh akhir petang esok. Terdahulu dalam saingan suku akhir, UKM berjaya menundukkan UMS 3 berbalas 0 manakala UM berjaya menewaskan PKB dengan jaringan 1 berbalas 0 ketika aksi sengit apabila perlawanan terpaksa dilanjutkan ke masa tambahan. Sesiapa yang berada di sekitar UKM dijemput untuk memberi sokongan kepada pasukan UKM pada jam 4.00petang esok. Sama-sama kita doakan kejayaan memihak kepada pasukan UKM. Go UKM Go....
No comments:
Post a Comment