Friday, 30 November 2012
SUKAN PANTAI MASUM 2012 : UKM FC TERUSKAN RENTAK CEMERLANG
Selepas menjuarai Kejohanan Bola Sepak Grand Final Liga IPT 2012, pasukan UKM FC seolah-olah meneruskan rentak cemerlang itu di Kejohanan Sukan Pantai MASUM 2012 yang berlangsung di Port Dickson,Negeri Sembilan dari 30nov - 2dis 2012. Pasukan UKM yang dibarisi oleh semua pemain yang berjaya menjulang nama UKM FC sebagai juara Grand Final Liga IPT 2012 bulan lalu turun sebgai pasukan yang berjaya membawa pulang pingat perak pada Kejohanan Sukan Pantai MASUM tahun lalu. Pada aksi pertama peringkat kumpulan, UKM mudah menundukkan lawan dari UNIZA dengan jaringan 4 berbalas 1. Sama-sama kita doakan kejayaan memihak kepada pasukan UKM untuk membawa pulang kejayaan yang manis. GO UKM GO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment