Sunday, 4 November 2012

BOLA SEPAK GRAND FINAL LIGA IPT 2012 : UKM DAN KK KEDAH TENTUKAN JUARA


PERLAWANAN AKHIR :
UKM vs KK KEDAH
6 NOV 2012, 8.45 MALAM
STADIUM UiTM SHAH ALAM
Siaran Langsung di Astro Arena 801


UKM dan KK Kedah bakal berentap bagi menentukan juara bagi merebut Piala Menteri Pengajian Tinggi 2012. UKM yang bakal menurunkan barisan terkuatnya bagi menghadapi KK Kedah yang nampak agak kental selepas berjaya mengetepikan juara bertahan UiTM menerusi sepakan penalti dalam aksi separuh akhir yang berlangsung di Stadium MMU petang tadi. Dalam aksi separuh akhir petang tadi, UKM berjaya mengetepikan saingan juara Masum Cup 2012 iaitu Universiti Malaya juga menerusi sepakan penalti selepas perlawanan kekal 0-0. UKM berjaya menguasai hampir keseluruhan perlawanan berjaya mencipta beberapa peluang namun penjaga gol Universiti Malaya terlalu tangkas untuk menafikan beberapa percubaan berbahaya. Perlawanan akhir bakal berlangsung di Stadium UiTM Shah Alam pada 6/11 dan siaran langsung menerusi siaran 801 Astro Arena. Sama-sama kita mendoakan kejayaan pasukan UKM pada perlawanan akhir itu nanti. Go UKM Go...



 Kesebelasan utama UKM yang diturunkan pada perlawanan separuh akhir menentang 
Universiti Malaya yang menyaksikan UKM menang 5-4 menerusi sepakan penalti.


No comments:

Post a Comment