KEPUTUSAN PERLAWANAN AKHIR :
UKM ( 2 ) vs KK KEDAH ( 1 )
UKM berjaya melakar sejarah tersendiri apabila berjaya menjadi juara Bola Sepak Piala Menteri Pengajian Tinggi 2012 selepas berjaya menewaskan KK Kedah dalam aksi final yg penuh dramatik di Stadium UiTM Shah Alam malam semalam. Dalam aksi final tersebut, UKM berjaya menguasai lebih separuh permainan berbangding KK Kedah. KK Kedah berjaya mendahului terlebih dahulu, apabila pemain KK Kedah menggunakan peluang terhidang di hadapan gawang UKM hasil kelam kabut pemain-pemain UKM semasa permainan memasuki minit ke 89. tersentap dengan jaringan tersebut, UKM terus mengasak dan berjaya memperolehi sepakan percuma tidak jauh dihadapan gawang KK Kedah. Pemain sensasi UKM, K. Ruben menggunakan kepakaran dan sepenuh pengalaman beliau untuk mengambil sepakan tersebut dan berjaya menghasilkan jaringan dengan rebatan deras ke gawang KK Kedah. UKM terus mengasak kubu pertahanan KK Kedah dan berjaya memperolehi beberapa percubaan tetapi penjaga gol KK Kedah dapat menepis percubaan tersebut. Gol kemenangan yang dinantikan muncul apabila pemain pertahanan KK Kedah membuat jaringan ke gawang sendiri apabila penjaga gawang KK Kedah tergelincir semasa ingin mengejar bola. Dengan kemenangan itu, UKM berjaya membuktikan kuasa bola sepak IPT tidak tertumpu di UiTM sahaja malahan UKM juga berjaya menggilap sebuah pasukan yang mantap untuk bersaing dalam mana-mana liga di Malaysia terutama sekali melibatkan semua IPT. Tahniah UKM...
No comments:
Post a Comment