Thursday, 1 November 2012

BOLA SEPAK GRAND FINAL LIGA IPT : UKM RATAH UiTM PAHANG


KEPUTUSAN PERLAWANAN KUMPULAN C
UKM ( 4 ) vs UiTM Pahang ( 0 )

UKM seolah-olah mengamuk apabila berjaya membelasah UiTM pahang dengan jaringan 4 berbalas 0. UKM yang ingin menebus kehampaan apabila sekadar seri tanpa jaringan pada perlawanan kedua menentang UiTM Perlis pada perlawanan kedua peringkat kumpulan selasa lepas. 4 jaringan UKM berjaya dihasilkan menerusi pemain ternama UKM iaitu K.Ruben dengan 2 jaringan. 2 lagi jaringan masing-masing menerusi Zaem dan Asyraf (Acap). Kemenangan ini meletakkan UKM sebagai johan kumpulan C dan bakal bertemu naib johan dari kumpulan A pada aksi suku akhir nanti. Sama-sama kita doakan kejayaan pasukan UKM FC...Go UKM Go...

No comments:

Post a Comment