Saturday, 25 May 2013
UKM TUMPASKAN WAKIL INDIA UNTUK KEKALKAN KEJUARAAN
Kejohanan Kriket Undangan Antara Universiti Antarabangsa yang memasuki edisi keenam tahun ini telah menampilkan UKM sebagai juara buat kali ketiga sejak kejohanan ini dianjurkan pada tahun 2008. UKM yang mewakili universiti seluruh Malaysia berjaya menjinakkan wakil dari India dengan perbezaan 5 wicket pada perlawanan akhir semalam. UKM yang memenangi undian telah memilih untuk memadang terlebih dahulu pada sesi pertama. Wakil dari India yang membuat pukulan hanya mampu mengumpulkan 155 larian apabila pemain UKM berjaya mengeluarkan kesemua pemukul pelawat semasa over memasuki angka 49. Memasuki sesi kedua, UKM bermula dengan agak pantas untuk mengumpulkan larian dengan memasukkan Fikri Makram dan juga Adib Rahim. UKM yang kehilangan pemukul kelima semasa berbaki 30 larian untuk memenangi perlawanan tidak menghadapi sebarang masalah untuk mendapat 156 larian. Ketua pasukan UKM dengan bergaya mengumpulkan 52 larian tanpa tewas dan berjaya dipilih sebagai perlawanan terbaik perlawanan akhir semalam. Dengan kemenangan semalam, UKM berjaya mencipta sejarah apabila berjaya memenangi kesemua kejohanan yang disertai sejak februari tahun tahun lalu. Antara kejuaraan yang berjaya diperoleh oleh pasukan UKM ialah Piala Menteri Pengajian Tinggi, Perisai Raja-Raja Melayu, Piala Datuk Bandar Kuala Lumpur dan juga Kriket Undangan Antara Universiti Antarabangsa ini. Perlawanan semalam turut disaksikan oleh Duli YTM Tuanku Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Al-Marhum Tuanku Munawir yang merupakan canselor UKM serta beberapa tetamu VIP lain termasuk Tun Ahmad Sarji, Pro-Canselor UKM, Naib canselor UKm serta TNC HEPA UKM. Tahniah diucapkan kepada pasukan UKM.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment