Skuad Universiti Kebangsaan Malaysia menggunakan sepenuh kelebihan beraksi di halaman sendiri untuk meraih 3 mata penuh selepas berjaya menundukkan Universiti Malaya dengan jaringan 1-0 dalam aksi yang penuh dramatik semalam. Pada separuh masa pertama, UKM FC terus menerus mengasak kubu pasukan UM namun gagal memperoleh jaringan. Walau bagaimanapun, suasana menjadi tegang seketika menjelang wisel penamat babak pertama dibunyikan kerana seorang pemain UKM FC iaitu Mohd Rijal Fikry dilayangkan kad merah akibat kad kuning yang kedua dalam perlawanan tersebut. Memasuki babak kedua, UKM FC terus mengasak kubu pasukan UM dengan berbaki 10 orang pemain. Akhirnya, gol yang dicari-cari tiba selepas pemain sayap UKM FC Khairun, berjaya memperdaya penjaga gawang UM hasil daripada gerakan cantik beliau dari tepi padang. Tersentak dengan jaringan tersebut, pasukan UM beberapa kali melakukan serangan berbahaya ke gawang UKM FC namun gagal menemui penyudah. Jurulatih UKM FC, Sulaiaman berkata ' beliau berpuas hati dengan aksi yang ditunjukkan oleh para pemain sepanjang 90 minit perlawanan walaupun bermain dengan 10 orang pemain pada babak kedua, para pemain dapat menyerap segala asakan yang dilakukan oleh pemain-pemain UM. Akan tetapi, beliau berkata, terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki menjelang perlawanan yang akan datang. Hasil kemenangan itu, UKM berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah selepas 7 perlawanan liga. Tahniah diucapkan kepada pasukan UKM FC.

Khairun muncul wira UKM FC selepas
menjaringkan gol tunggal perlawanan sebentar
tadi.
Suasana menjadi tegang selepas berlakunya
sedikit salah faham bersama pengadil semasa perlawanan
Raut warja sedih yang ditunjukkan oleh pemain UKM FC
selepas dilayangkan kad merah di penghujung babak pertama
Mohd Rijal Fikry (kiri), adalah pemain UKM FC yang
dilayangkan kad merah semasa aksi menentang
Universiti Malaya semalam
No comments:
Post a Comment