Sunday, 12 May 2013

KEJOHANAN KRIKET JEMPUTAN ANTARA UNIVERSITI ANTARABANGSA : 2 UNIVERSITI BARU BAKAL MENGAMBIL BAHAGIAN

Kejohanan Kriket Jemputan Antara Universiti Antarabangsa pada tahun ini bakal menyaksikan 2 universiti baru dari 2 buah negara berbeza yang akan mengambil bahagian. 2 universiti tersebut ialah Universitas Negeri Padang yang mewakili Universiti Indonesia dan The University of Adelaide yang mewakili Universiti Australia. Kejohanan kali ini pasti lebih menarik dengan kembalinya semula 2 buah universiti yang bertanding pada edisi keempat 2 tahun lalu iaitu Nanyang Technological Universiti, Singapore dan juga Shenyang Sport University, China. Kejohanan yang memasuki edisi keenam ini bakal menampilkan 8 buah pasukan universiti yang akan bertanding dari 8 buah negara termasuk UKM yang mewakili Universiti Malaysia. Antara universiti lain yang akan bertanding ialah naib juara tahun lalu University Of Colombo (Sri Lanka), Chirst University (India) dan juga University Of Liberal Arts (Bangladesh). UKM yang diletakkan di dalam kumpulan A, bersama-bersama 2 pasukan dari negara elit sukan kriket iaitu India dan juga Bangladesh serta pasukan dari China. Manakala naib juara tahun lalu bakal berhadapan dengan wakil daripada Australia, Indonesia dan juga Singapura. Kejohanan ini akan berlangsung selama seminggu dari 18-26 mei 2013 di 3 gelanggang iaitu UKM Oval, Bayuemas Oval,Klang dan juga Kinrara Oval,Puchong. Sama-sama kita doakan pasukan UKM dapat membawa pulang kejayaan. In Shaa Allah.

THE 6TH INTERNATIONAL INTER-VARSITY CRICKET INVITATIONAL 2013


GROUP A
1. Universiti Kebangsaan Malaysia
2. University of Liberal Arts, Bangladesh
3. Christ University, India
4. Shenyang Sport University, China

GROUP B
1. University of Colombo, Sri Lanka
2. Nanyang Technological University, Singapore
3. Universitas Negeri Padang, Indonesia
4. The University of Adelaide, Australia

No comments:

Post a Comment