Thursday, 23 May 2013

UKM BERTEMU WAKIL INDIA UNTUK TENTUKAN JUARA

Kejohanan Kriket Jemputan Antara Universiti Antarabangsa 2013 telahpun memasuki ke perlawanan akhir yang bakal menemukan Universiti Kebangsaan Malaysia dan wakil dari India. UKM yang turun sebagai juara bertahan bakal bertemu dengan pasukan dari negara yang sememangnya kuat dalam sukan kriket ini iaitu India. Pada saingan separuh akhir yang berlangsung sebentar tadi, UKM telah menumpaskan wakil dari Australia dengan kemenangan 5 wickets. Wakil Australia diminta untuk melakukan pukulan terlebih dahulu selepas ketua pasukan UKM telah memilih untuk memadang apabila berjaya memenangi undian pada sesi pagi. Pasukan pelawat tidak berjaya mengumpulkan angka tinggi semasa melakukan pukulan dan sekadar mengumpul 154 larian dalam 50 over balingan dan kehilangan 9 wickets. Memasuki sesi kedua selepas makan tengah hari, pasukan UKM dikejutkan oleh pasukan pelawat apabila kehilangan 1 pemukul di awal permainan ketika over memasuki angka 2. Tersentak dengan itu, UKM telah meletakkan pemukul perkasa Faizal A.Hassan sebagai pemukul ketiga untuk mengumpulkan angka yang lebih tinggi. Pasukan pelawat sekali lagi berjaya mengejutkan pasukan tuan rumah apabila berjaya mengeluarkan 2 lagi pemukul semasa memasuki suku perlawanan. Gandingan Shafiq Sharif dan juga Fikri Makram yang berjaya mengumpulkan angka yang tinggi telah meletakkan pasukan tuan rumah ke angka selesa untuk memenangi perlawanan sebentar tadi. Fikri Makram dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan selepas berjaya mengumpulkan 54 larian tanpa tewas sebentar tadi. Dalam satu lagi aksi separuh akhir, wakil dari India telah mengejutkan naib juara tahun lalu iaitu Sri Lanka dengan perbezaan 90 larian di Oval UKM. Perlawanan akhir dijadualkan pada hari sabtu ini di Bayuemas Oval,Klang jam 9.30 pagi. Sama-sama kita mendoakan agar UKM berjaya mengekalkan kejuaraan buat kali kedua berturut-turut. In Sha Allah....

Fikri Makram dipilih sebagai pemain terbaik 
perlawanan separuh akhir selepas berjaya
mengumpulkan 53 larian tanpa tewas.

No comments:

Post a Comment