Jurulatih pasukan kriket UKM telah menyenaraikan 15 pemain yang bakal menggalas cabaran bagi pasukan Universiti Kebangsaan Malaysia yang mewakili pasukan Universiti Malaysia pada Kejohanan Kriket Jemputan Antara Universiti Antarabangsa yang melibatkan 7 lagi pasukan lain termasuk pasukan dari 3 buah negara elit kriket dunia iaitu Australia, Bangladesh dan juga India. Pemilihan pemain dibuat berdasarkan beberapa faktor utama yang telah dilihat sepanjang setahun latihan termasuklah perlawanan persahabatan yang dibuat di India bulan lalu. Semua pemain UKM telah menunjukkan kemampuan masing-masing dan boleh dikatakan banyak peningkatan yang telah ditunjukkan oleh para pemain UKM ini. Antara pemain yang telah menunjukkan peningkatan yang positif adalah Adib Rahim dan juga Adam Zulkifli. Pemain yang dihantar untuk menerima pendedahan di Australia, Fikri Makram juga telah menunjukkan peningkatan yang positif untuk menggalas cabaran pasukan UKM pada kejohanan yang bakal bermula pada hari sabtu ini.
Senarai 15 pemain yang telah disenaraikan oleh pasukan UKM :
- Ahmad Faiz ( Ketua Pasukan )
- Shafiq Sharif
- Aminudin Ramly
- Faruq Hakimin
- Shahrul Nizam
- Nik Azril
- Adib Rahim
- Adam Zulkifli
- Aliman Ahmad
- Hazrul Zainal
- Nazril Rahman
- Haziq Zainudin
- Faizal A.Hasan
- Fikri Makram
- Fitri Sham
* Sekiranya tidak ada kecederaan dalam tempoh beberapa hari sebelum kejohanan bermula, jurulatih UKM bakal mengekalkan 15 pemain ini untuk menggalas cabaran pasukan UKM.
No comments:
Post a Comment