Wednesday, 22 May 2013

KRIKET UNDANGAN ANTARA UNIVERSITI ANTARABANGSA : UKM BERTEMU WAKIL DARI AUSTRALIA PADA SAINGAN SEPARUH AKHIR

Universiti Kebangsaan Malaysia yang mewakili universiti seluruh Malaysia dalam saingan Kriket Undangan Antara Universiti Antarabangsa bakal berhadapan tugas getir pada saingan separuh akhir esok, apabila dijadualkan bertemu dengan pasukan dari Australia. UKM yang merupakan juara bertahan berjaya mengungguli kumpulan A selepas berjaya memenangi kesemua 3 perlawanan pada peringkat kumpulan.Wakil dari Australia iaitu The University Of Adelaide yang membuat penampilan sulung dalam kejohanan ini sudah pasti ingin memberikan saingan sengit pada aksi yang bakal berlangsung di Bayuemas Oval, Klang esok. Kedua-dua pasukan nampak seimbang untuk memenangi perlawanan esok jika masing-masing menurunkan kesebelasan utama mereka pada saingan yang bakal berlangsung esok. UKM sudah pasti tidak ingin berputih mata apabila berhadapan pasukan dari Australia itu. Terdahulu, UKM berjaya menjinakkan wakil dari India dengan kemenangan 7 wicket pada perlawanan penentuan juara kumpulan A sebentar tadi. Dalam satu lagi saingan separuh akhir, wakil dari Sri Lanka bakal bertemu dengan wakil dari India bagi merebut satu lagi slot untuk ke perlawanan akhir yang bakal berlangsung pada sabtu ini. Kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai sebanyak USD 3000 ini telah memasuki edisi keenam pada tahun ini. UKM dan juga wakil tunggal Sri Lanka berjaya mendominasi kejohanan ini sejak kali pertama penganjuran apabila masing-masing berjaya menjadi juara sebanyak 2 kali manakala satu lagi kejuaraan berjaya diraih oleh wakil tunggal dari Australia pada tahun 2010.

Faruq Hakimin berjaya dipilih sebagai
pemain terbaik perlawanan menentang 
India sebentar tadi

No comments:

Post a Comment