Pasukan kriket UKM bakal mengadakan perlawanan persahabatan di India menjelang Kejohanan Kriket Jemputan Universiti Antarabangsa yang bakal berlangsung pada bulan Mei nanti. Pasukan UKM yang baru sahaja menjuarai 2 kejohanan peringkat kebangsaan pada bulan januari dan februari yang lalu akan berhadapan 2 pasukan kelab yang telah dipilih bagi menguji pemain-pemain UKM di sana nanti. Pada perlawanan persahabatan kali ini, UKM bakal bermain 3 perlawanan menggunakan format T20 dan 2 format one day iaitu 50overs. UKM bakal membariskan 19 pemain untuk dibawa ke India bagi menguji kesemua pemain pada perlawanan tersebut. Daripada perlawanan itu nanti, prestasi pemain bakal diambil kira untuk diletakkan dalam 14 pemain yang bakal menggalas cabaran UKM pada Kejohanan Kriket Jemputan Universiti Antarabangsa bulan hadapan. Tahun lalu UKM mengadakan program yang sama di Hong Kong dan UKM berjaya memenangi 3 perlawanan daripada 4 perlawanan yang berjaya dilangsungkan. Diharapkan semua pemain dapat menunjukkan kemampuan masing-masing disana nanti supaya UKM berjaya menewaskan pasukan kelab di India nanti. Doakan perjalanan pasukan kriket UKM selamat pergi dan pulang.

Barisan UKM yang menjuarai Perisai Raja-Raja
buat kali ke-4 pada bulan februari yang lalu
No comments:
Post a Comment