Penampilan sulung penyerang berpengalaman UKM FC dalam saingan liga tahun ini, saudara Asyraf berjaya membantu UKM FC membenam Kolej Komuniti Kedah di Stadium Mini Jitra, Kedah petang semalam. 2 gol hasil jaringan Asyraf berjaya membantu UKM FC pulang dengan membawa 3 mata penuh untuk terus kekal berada di tangga teratas liga selepas 4 perlawanan. Sebelum ini Asyraf tidak dapat beraksi dalam 3 perlawanan awal liga atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Pada perlawanan kelima minggu hadapan, UKM FC bakal bertandang ke Perlis bagi menghadapi saingan menentang UiTM Perlis di Stadium UiTM Perlis pada sabtu minggu hadapan. Sama-sama kita doa kan kejayaan terus kekal menjadi milik UKM...Go UKM Go...
Penjaga gawang UKM FC, Adhwa
membuat penampilan pertama bersama
pasukan UKM FC semasa perlawanan
menentang KKK
Asyraf jersi merah menjaringkan 2 gol
untuk membantu pasukan UKM FC
menewaskan KKK
No comments:
Post a Comment