Pasukan kriket UKM telah mengadakan beberapa perlawanan persahabatan di India bagi menghadapi saingan Kriket Jemputan Antara Universiti Antarabangsa bulan depan. Pasukan UKM telah menjalani latihan dan juga perlawanan persahabatan di India dari 8-16 april yang lalu. Tujuan perlawanan persahabatan itu diadakan adalah untuk melihat sejauh mana tahap prestasi pemain-pemain berhadapan dengan pasukan yang mempunyai kualiti yang tinggi. Ternyata perlawanan itu telah mendatangkan hasil apabila rata-rata pemain yang jarang diturunkan sepanjang musim lalu berjaya menunjukkan prestasi yang boleh dibanggakan. Walaupun turun tanpa beberapa pemain utama yang terpaksa diketepikan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, tetapi pemain-pemain lain mampu untuk memberikan saingan kepada pasukan lawan. Seorang pemain saudara Fikri Makram yang baru sahaja pulang dari Australia selepas 6 bulan menimba pengalaman disana telah dilantik sebagai ketua pasukan yang baru bagi pasukan UKM bagi menggantikan tempat Ahmad Faiz yang bakal menamatkan pengajiannya dalam bidang Sarjana Muda Pendidikan pada bulan september ini. Ahmad Faiz telah menggalas jawatan sebagai ketua pasukan ini sejak beliau meyambung pengajian di UKM ini lagi. Pada saingan Kriket Jemputan Antara Universiti Antarabangsa mei ini, beberapa pasukan telah mengesahkan penyertaan mereka. Antara pasukan yang telah mengesahkan penyertaan adalah pasukan Universiti dari negara Australia, India, Bangladesh, Sri Lanka, Singapura, China, dan juga UKM yang bakal menggalas cabaran pasukan Universiti Malaysia. Pasukan yang masih belum mengesahkan penyertaan adalah pasukan dari Pakistan dan juga Thailand. Sama-sama kita doakan kejayaan bakal dibawa pulang ke UKM In Shaa Allah
Gambar semasa perlawanan persahabatan di India
Pemain UKM meraikan kejayaan selepas berjaya
mengeluarkan Pemukul CCC India
Aksi mantap yang ditunjukkan oleh pembaling UKM
Gandingan pemain senior dan junior
Aksi pemadang UKM semasa memadang
Pembaling separuh pantas UKM, Nazril Rahman
Fikri Makram (kanan) telah dipilih untuk
menjadi ketua pasukan UKM yang baru
No comments:
Post a Comment