Saturday, 20 April 2013

BOLA SEPAK LIGA IPT DIVISYEN 1 : UKM BANGKIT MENYAMAKAN KEDUDUKAN DARI KETINGGALAN 3-1

Pendahulu liga IPT iaitu pasukan UKM FC hampir sahaja dikejutkan dengan pasukan tercorot liga MMU pada perlawanan yang berlangsung petang tadi di Stadium MMU. Pada babak pertama, pemain-pemain UKM FC seolah-olah hilak rentak sentuhan apabila pasukan tuan rumah berjaya menjaringkan gol pada awal babak pertama. Tersentak dengan jaringan itu, pemain UKM mula bermain secara menyerang dan berjaya menyamakan kedudukan menerusi jaringan Asyraf pada penghujung babak pertama. Memasuki babak kedua, UKM FC menggandakan asakan ke gawang MMU namun tidak berjaya menjaringkan gol, sebaliknya pasukan tuan rumah berjaya menambah 2 lagi jaringan pada babak kedua. Ketinggalan 3-1 telah menyebabkan jurulatih UKM FC terpaksa melakukan beberapa pertukaran dan berjaya membuahkan hasil apabila UKM FC berjaya menambah jaringan menerusi pemain bernama Khairun dan juga Rijal Fikry. Bagi pemain bernama Khairun dan juga Rijal Fikry, jaringan pada perlawanan petang tadi adalah jaringan pertama bagi mereka berdua dalam saingan liga ipt musim ini. UKM FC berjaya memperolehi peluang terbaik untuk menggandakan jaringan tetapi 2 percubaan pemain UKM FC dinafikan oleh palang gol. Beberapa lagi percubaan pemain UKM FC hanya sekadar melepasi palang gol sahaja. Tahniah diucapkan kepada pasukan UKM FC kerana berjaya bangkit dari ketinggalan 3-1. Go UKM Go

Kesebelasan utama UKM FC

Ketua pasukan UKM dan juga MMU

Pemain simpanan UKM FC

Barisan pegawai UKM FC

Gambar semasa perlawanan berlangsung

Lotaran ke dalam

Gambar dan info oleh : Bang Brahim







No comments:

Post a Comment