UKM FC bakal bertandang ke negeri Kedah minggu ini bagi perlawanan keempat liga IPT divisyen 1 2013. UKM FC yang berada dikedudukan teratas liga bakal berhadapan dengan pasukan yang telah ditewaskan semasa perlawanan akhir piala menteri pengajian tinggi tahun lalu iaitu pasukan Kolej Komuniti Kedah di Stadium Mini Jitra sabtu ini. Turun dengan misi ingin mengekakal rekod tanpa kalah sudah pasti mencabar bagi pasukan UKM FC kerana KKK bakal turun dengan misi membalas dendam selepas mereka tewas tipis pada perlawanan akhir tahun lalu. Jurulatih pasukan UKM FC yang telah menyenaraikan 18 pemain untuk menggalas cabaran di Kedah nanti berharap barisan pemain dapat melakukan yang terbaik untuk membawa pulang 3 mata penuh bagi mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu liga. Pemain tengah UKM FC kelahiran Kedah, saudara Fitri Zaim yang menyambut hari kelahiran beliau yang ke 21 hari ini sudah pasti bakal memberikan sepenuh komitmen bermain di negeri kelahiran beliau bagi memastikan beliau berjaya membantu UKM FC memenangi perlawanan tersebut untuk dijadikan hadiah istimewa bagi beliau tahun ini.
Senarai 18 pemain UKM FC menentang KKK
- Panjang - GK
- Adwha - GK
- Judin - DF (C)
- Faiz - DF
- Faris - DF
- Fairus - DF
- Pian - DF
- Ayie - DF
- Azmi - MF
- Shafiq - MF
- Nazri - MF
- Zaim - MF
- Daud - MF
- Najib@Nani - MF/S
- Khirun - SF
- Rijal - SF
- Wan - SF
- Asyraf - SF
Jurulatih menyampaikan kata-kata terakhir
semasa sesi latihan terakhir di UKM petang
tadi sebelum bertolak ke Kedah pagi esok
Jurulatih UKM FC mengumumkan 18 pemain
yang bakal dibawa ke Kedah esok
Selepas tamat sesi latihan terakhir petang tadi
Birthday boy....
No comments:
Post a Comment