Kemenangan tipis 1-0 keatas PKB sudah memadai bagi pasukan UKM FC untuk membawa pulang 3 mata penuh pada aksi perlawanan ketiga Liga IPT Divisyen 1 sebentar tadi. Nazri sekali lagi muncul sebagai wira UKM FC apabila beliau berjaya menjadi penjaring gol tunggal perlawanan sebentar tadi. Gol yang terhasil dari pergerakan pemain sayap UKM, saudara Azmi yang berjaya menewaskan beberapa pemain pertahanan PKB sebelum disempurnakan oleh Nazri hasil hantaran Azmi. Walaupun UKM FC terpaksa bermain dengan 10 pemain dipenghujung perlawanan, pemain PKB masih tidak dapat menggunakan kesempatan itu untuk menjaringkan gol. Pemain pertahanan UKM FC saudara Sufian terpaksa diletakkan sebagai penjaga gawang selepas penjaga gawang utama UKM FC dilayangkan kad merah dipenghujung perlawanan akibat beliau menumbuk bola diluar kawasan kotak penalti. Pemain UKM FC telah menggunakan segala pengalaman bermain pada perlawanan-perlawanan besar sebegini berjaya mengawal asakan-asakan yang telah dilakukan oleh pasukan PKB yang dibantu oleh sorakan penyokong-penyokong tuan rumah yang berada di Stadium sebentar tadi. Dengan kemenangan tersebut, UKM FC masih kekal di kedudukan 2 tempat teratas liga bersama-sama dengan pasukan UiTM Perlis. Perlawanan keempat liga akan menemukan UKM FC dengan naib juara Piala Menteri Pengajian Tinggi tahun lepas iaitu KKK di tempat lawan. Tahniah diucapkan kepada semua pemain UKM FC dan juga pegawai-pegawai UKM FC. Go UKM Go...

Pemain pertahanan UKM FC, Suffian Saad jersi merah
terpaksa mengambil tempat sebagai penjaga gawang
UKM FC kerana penjaga gawang utama UKM FC
dilayangkan kad merah sebentar tadi.
Penjaga gawang UKM FC, saudara Gaddafi kiri
dilayangkan kad merah akibat menumbuk bola
diluar kawasan kotak penalti
Nazri sekali lagi muncul sebagai wira
bagi pasukan UKM FC selepas
berjaya menjaringkan gol
tunggal perlawanan menentang PKB
No comments:
Post a Comment