Thursday, 7 March 2013

FESKAB 2013 CIPTA SEJARAH

Kolej Aminuddin Baki, UKM bakal mencipta satu sejarah tersendiri kerana buat pertama kali nya bakal mengadakan karnival antara rumah sukan sebelum FESKAB membuka tirai pada minggu hadapan. Karnival rumah sukan yang diberi nama PRA-FESKAB ini akan berlangsung secara karnival yang akan bermula esok sehingga ahad. Pra-FESKAB kali ini akan menyenaraikan 5 sukan iaitu bola sepak 9's, bola tampar L & W, futsal W, bola jaring dan juga ping pong campuran. Pada karnival kali ini, sebanyak 8 rumah sukan telah dipecahkan untuk bertanding bagi merebut mata untuk menjadi juara keseluruhan. Selain untuk memeriahkan karnival FESKAB, objektif lain adalah untuk melihat bakat-bakat baru dalam sukan yang dipertandingkan untuk persediaan SUKEM pada tahun hadapan. Seluruh warga UKM terutama sekali warga KAB dijemput hadir untuk memeriahkan lagi karnival ini.


No comments:

Post a Comment