UKM bakal bertandang ke negeri pantai timur minggu ini bagi menghadapi perlawanan ketiga liga IPT Divisyen 1 2013. UKM yang dijadualkan bertemu dengan PKB yang berada di tangga keenam liga selepas 2 perlawanan bakal berhadapan tugas getir untuk membawa pulang 3 mata penuh ke UKM kerana bakal berhadapan dengan pasukan yang mendapat sokongan padu penyokong-penyokong tuan rumah. Pasukan UKM yang baru sahaja memenangi anugerah khas juri pada malam Anugerah Sukan UKM 2012 malam tadi sudah pasti membakar semangat para pemain untuk mengutip 3 mata penuh di Kelantan minggu ini. 3 mata penuh amat penting untuk mengekalkan kedudukan di tempat teratas liga kerana UKM berkongsi 4 mata selepas 2 perlawanan bersama pasukan UiTM Perlis. Perbezaan jaringan yang membezakan kedua-dua pasukan. UKM sudah pasti menurunkan barisan terbaik untuk mengutip 3 mata penuh pada perlawanan sabtu ini. UKM dijangka menurunkan penyerang berpengalaman seperti Khairun dan juga Asyraf bagi menguatkan barisan serangan pasukan UKM. Asyraf yang tidak diturunkan pada 2 perlawanan awal dijangka menggantikan tempat Muhammad Rijal yang mengalami kecederaan serius di bahagian tumit kaki semasa perlawanan menentang UTeM tempoh hari. Berbekalkan pengalaman yang ada pada pemain-pemain UKM, sudah pasti menjadi satu kelebihan buat pasukan UKM FC untuk memburu kemenangan kedua. Sama-sama kita doakan agar pasukan UKM FC berjaya membawa pulang 3 mata penuh ke UKM, In Shaa Allah...Go UKM Go...

Barisan pemain dan pegawai UKM FC memperagakan
Piala Anugerah Khas Juri pada malam
Anugerah Sukan UKM 2012 malam semalam
Muhammad Asyraf jersi merah hampir pasti
untuk diturunkan pada perlawanan
menentang PKB minggu ini
Azmi Ariff dijangka diturunkan bagi memperkuatkan
bahagian sayap pasukan UKM FC
Mohamad Hafizudin bakal mengetuai bahagian
pertahanan UKM FC
No comments:
Post a Comment