Bermain dihadapan penyokong setia UKM FC ternyata memberikan semangat yang tinggi kepada para pemain UKM FC untuk meraih 3 mata penuh pada perlawanan kedua menentang UTeM malam semalam. Sejak awal permainan lagi UKM FC telah membuat serangan ke gawang UTeM untuk menjaringkan gol sehinggalah pemain sayap UKM FC saudara Azmi merembat masuk bola ke gawang UTeM hasil daripada gerkan pemain tengah UKM FC saudara zaim untuk meletakkan UKM FC dihadapan sebelum separuh masa pertama tamat. Memasuki babak kedua, UKM FC terus menggandakan asakan ke gawang UTeM seolah-olah pasukan yang dahagakan gol yang banyak. Azmi sekali lagi menjadi wira UKM FC apabila merembat masuk gol cantik menewaskan penjaga gawang UTeM untuk meletakkan UKM FC selesa dihadapan dengan 2 jaringan. UTeM mempunyai beberapa peluang, namun berjaya dipatahkan oleh penjaga gawang UKM FC. Dengan kemenangan itu, UKM FC berjaya mengumpul 4 mata selepas 2 perlawanan. Pada perlawanan ketiga, UKM bakal bertemu PKB di Stadium Penjara, Kelantan minggu hadapan. TAHNIAH UKM FC....

Pemain UKM selepas tamat perlawanan
Azmi menjadi wira UKM apabila menjaringkan 2 gol
ketika menentang UTeM semalam
No comments:
Post a Comment