UKM FC terpaksa melupakan khidmat penyerang utamanya iaitu Rijal Fikri kerana pemain itu mengalami kecederaan serius ketika menentang UTeM pada perlawanan aksi kedua liga IPT sabtu lalu. Seolah-olah badi yang telah melekat pada penyerang ini kerana setiap kali perlawanan penting sedang berlangsung, pasti beliau mengalami kecederaan. Tahun lepas beliau terpaksa melupakan hasrat untuk bermain pada Grand Final Bola Sepak IPT akibat kecederaan lutut. Kali ini beliau terpaksa melupakan hasrat untuk beraksi dalam beberapa perlawanan liga kerana mengalami kecederaan tumit kaki. Kecederaan tumit kaki sebelah kanan yang dialami oleh Rijal Fikri telah memaksa beliau berehat sekurang-kurangnya 3 minggu. Kecederaan itu juga akan menyebabkan beliau tidak dapat bermain dalam beberapa perlawanan liga yang sedang berlangsung sekarang. Sama-sama kita doa kan agar beliau cepat sembuh dan kembali beraksi untuk membantu UKM FC...
Tersenyum jer mamat ni...berlakon sakit ke apa ko ni jal???
hahahaha
Rijal Fikri dibawa menaiki ambulans untuk
ke Hospital Serdang bagi melakukan pemeriksaan
No comments:
Post a Comment