Pasukan kriket UKM berjaya mengekalkan kejuaraan Perisai Raja-Raja yang dimenangi tahun lepas, selepas berjaya menewaskan pasukan Tentera pada aksi penuh dramatik petang tadi. UKM yang memenangi undian telah memilih untuk memukul terlebih dahulu. Pada permulaan perlawanan, UKM seolah-olah hilang rentak permainan apabila 4 wicket awal berjaya dikeluarkan oleh pemain Tentera semasa larian cuma mencecah 30 larian. Penjaga wicket UKM, Shafiq Sharif berjaya menunjukkan taring sebenar apabila berjaya mengumpulkan 74 larian untuk membantu UKM mengumpulkan 149 larian. Pada sesi kedua, pasukan UKM yang turun memadang dengan semangat untuk memenangi permainan berjaya menyekat kemaraan pasukan tentera setakat 141 larian semasa over memasuki angka 48. Pmutar kanan UKM, Nik Azril berjaya meranapkan 4 wicket pasukan Tentera manakala pemutar kiri UKM, Shahrulnizam Yusof berjaya meranapkan 3 wicket Tentera sudah cukup untuk membantu pasukan UKM menjuarai Perisai Raja-Raja buat kali ke-4. Shafiq Sharif telah dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan akhir manakala Faizal A.Hasan berjaya dinobatkan sebagai pemain terbaik kejohanan selepas berjaya menunjukkan aksi mantap sepanjang kejohanan berlangsung.
UKM kalahkan Tentera dengan 8 larian.
Universiti Kebangsaan Malaysia 149 (46.3 over) Shafiq Sharif 74, Fitri Sham 18, Faizal Abu Hassan 14, Faruq Hakimin Azmi 10. Norwira Zazmie A. Halim 4-21, Syazrul Ezat Idrus 3-13.
Tentera 141 (48 over) Suharril Fetri Shuib 41, Ariffin Ramly 39, Hairil Anuar 20, Norwira Zazmie A. Halim 19. Nik Azril Arifin 4-17, Shahrulnizam Yusof 3-14.
Pemain terbaik babak akhir: Shafiq Sharif (UKM).
Pemain terbaik kejohanan: Faizal Abu Hassan (UKM)
Shafiq Sharif (Pemain terbaik babak akhir)
Faizal A.Hasan (Pemain terbaik kejohanan)
Barisan pemain dan pegawai UKM
Barisan UKM bersama Perisai yang dimenangi
Terbaik !!!!!
No comments:
Post a Comment