Wednesday, 20 February 2013

PERISAI RAJA-RAJA 2013 : UKM JUARA KUMPULAN 'B'

UKM yang turun beraksi menentang Negeri Sembilan sebentar tadi dengan misi untuk menjadi juara kumpulan 'b' telah berjaya memenangi perlawanan dengan perbezaan 4 wickets. Negeri Sembilan yang memenangi undian telah memilih untuk memukul terlebih dahulu berjaya mengumpul 104 larian apabila pemain UKM berjaya mengeluarkan semua pemukul Negeri Sembilan semasa aksi memasuki over 44. Penjaga wicket Negeri Sembilan telah berjaya membuat pungutan angka tertinggi bagi pasukan Negeri Sembilan apabila berjaya mengumpul 33 larian. 2 pemutar kiri UKM, Fitri Sham dan juga Faruq Hakimin masing berjaya meranapkan 4  dan 2 wicket pasukan Negeri Sembilan. Pada sesi kedua perlawanan, pasukan UKM nampak serba tidak menjadi apabila 4 pemukul utama UKM telah di hantar pulang ke luar padang sebelum over ke 10. Faizal A.hasan dan juga Faruq Hakimin sekali lagi menjadi wira bagi pasukan UKM apabila masing-masing berjaya mengumpul 31 dan 40 larian bagi meletakkan UKM berada di landasan yang tepat untuk memenangi perlawanan sebentar tadi. Faruq Hakimin telah dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan sebentar tadi apabila berjaya menunjukkan aksi memukau semasa perlawanan itu. Pasukan UKM bakal bertemu dengan satu lagi gergasi IPTA yang diundang pada kejohanan kali ini iaitu UiTM pada aksi separuh akhir pagi esok di Oval UKM, Bangi bagi menentukan pasukan mana yang akan mara ke babak akhir.

UKM kalahkan Negeri Sembilan dengan 4 wiket.
Negeri Sembilan 104 (44.3 over) Ibrahim Khalil Zakaria 33, Anwar A. Rahman 15, Hadi Halem 15.  Fitri Sham 4-29, Faruq Hakimin Azmi 3-18.
UKM 108-6 (32.5 over) Faruq Hakimin Azmi 40, Faizal Abu Hassan 31, Nik Azril Arifin kekal 12.   Azwar Tajri 4-34.
Pemain terbaik: Faruq Hakimin Azmi (UKM).

Faruq Hakimin yang berjaya dipilih sebagai
pemain terbaik perlawanan apabila
menjadi wira UKM sebentar tadi
 

No comments:

Post a Comment