UKM yang turun ke Kelantan dengan misi memburu 3 mata penuh bagi mengekalkan kedudukan teratas liga esok sudah bersedia untuk menggempur pasukan tuan rumah PKB di hadapan penyokong mereka sendiri. Walaupun turun tanpa kelibat beberapa pemain utama yang mengalami kecederaan, pasukan UKM FC tidak sedikitpun goyah dengan perkara tersebut kerana pemain-pemain yang dibawa ke Kelantan adalah pemain yang boleh dikatakan mampu menggalas cabaran skuad yang menjuarai Piala Menteri Pengajian Tinggi musim lalu. Selepas mengadakan beberapa perlawanan persahabatan, pemain UKM FC nampak lebih serasi berbanding 2 perlawanan awal liga sebelum ini. Pemain UKM FC seharusnya menggunakan pengalaman sedia ada bagi menghalang pasukan tuan rumah untuk mengutip 3 mata penuh. Sekiranya UKM FC berjaya mengutip 3 mata penuh, harapan UKM FC untuk terus berada di kedudukan teratas liga nampak lebih selesa kerana 2 perlawanan selepas ini, UKM FC bakal bertemu dengan 2 pasukan yang mampu memberi saingan di dalam liga iaitu KK Kedah dan juga UiTM Perlis. Ayuh kita sama-sama mendoakan kejayaan akan dibawa pulang oleh pasukan UKM FC In Shaa Allah..GO UKM GO
LIGA IPT DIVISYEN 1
Perlawanan ke 3
UKM vs PKB
30.3.2013, 4.45 petang
Stadium Mini Ketereh, Kelantan
3 Pemain UKM FC semasa sesi latihan ringan
di Stadium Mini Ketereh Petang tadi
Syafiq Sharip hampir pasti diturunkan esok
Pemain UKM FC bersiap sedia sebelum sesi latihan ringan
Penjaga gawang UKM FC sebelah kiri bersama
Jurulatih Penjaga gawang UKM FC
2 pemain utama yang bakal menggalas cabaran
pasukan UKM FC esok
Perjalanan jauh memang memenatkan,
seorang pemain UKM FC yang
berjaya dirakamkan gambarnya
semasa beliau sedang tidur
Seorang lagi pemain UKM FC
yang berjaya dirakamkan
gambarnya semasa beliau sedang tidur
Untuk memberikan aksi yang mantap diatas padang,
rehat yang secukupnya perlu untuk semua pemain.
(sorry lah nazri ea)
Gambar diperolehi dari : Azmi Ariff