UKM sekali lagi akan mengajurkan Kejohanan Kriket T20 Piala Menteri Pengajian Tinggi bagi edisi ke-5 dari 21-27 jan 2013 akan datang. Sebanyak 8 pasukan dari seluruh IPTA dan IPTS seluruh negara yang telah dijemput dan telah mengesahkan penyertaan. Daripada 8 penyertaan tersebut termasuklah 2 pasukan baru iaitu UMS dan juga Al-Bukhary University. Pasukan UKM yang memburu kejuaraan kelima berturut-turut bakal membariskan pasukan terkuat bagi menghadapi saingan pada kali ini. Pada tahun 2012, UKM telah mencipta satu sejarah apabila menjuarai kesemua kejohanan yang disertai termasuklah International Inter-Varsity dan juga Perisai Raja-Raja yang merupakan 2 kejohanan terbesar yang telah disertai oleh UKM. 6 lagi pasukan lain yang telah mengesahkan penyertaan adalah, UiTM, MMU, UCTI (APU),USM, SUNWAY COLLEGE dan juga UKM sebagai tuan rumah. Pihak penganjur masih lagi menunggu beberapa lagi pasukan untuk mengesahkan penyertaan pada edisi kali ini. Sama-sama kita doakan kejayaan memihak kepada pasukan UKM...INSYA ALLAH... Go UKM Go...
No comments:
Post a Comment