Pasukan kriket UKM telah dijemput untuk memperkenalkan sukan kriket di Universiti Negeri Padang, Indonesia dari 28-30 disember 2012. Ini merupakan klinik kriket yang pertama kalinya dijalankan di luar negara bagi pasukan kriket UKM. Undangan ini merupakan satu penghargaan tertinggi bagi pasukan kriket UKM kerana universiti di luar negara telah memandang serius tentang sukan kriket ini. Layanan yang diberikan oleh pihak Universiti Negeri Padang dan Persatuan Keolahragaan Sumatera Barat kepada rombongan UKM di sana juga sangat memuaskan dan boleh dianggap ianya adalah satu layanan istimewa yang pernah diterima oleh pasukan kriket UKM.
bergambar kenangan selepas perlawanan pertunjukan/persahabatan diantara
pasukan Sumatera Barat vs UKM
No comments:
Post a Comment