Saturday, 1 December 2012
SUKAN PANTAI MASUM 2012 : UKM BENAM EGO UITM
UKM FC berjaya membenam ego pasukan UiTM pada perlawanan ketiga bagi pasukan UKM di Kejohanan Sukan Pantai MASUM 2012 yang berlangsung di Port Dickson sebentar tadi. UKM sekali lagi telah menampilkan kehebatan tersendiri apabila sekali lagi bangkit dari ketinggalan 3-1. Pasukan UKM seolah-olah hilang rentak permainan pada peringkat awal permainan. Selepas ketinggalan 3-1, pemain UKM seolah mengganas apabila berjaya bangkit untuk memperoleh kemenangan besar dengan jaringan 6-3. Menurut jurulatih UKM FC semasa ditanyakan mengenai perlawanan menentang UiTM, beliau berkata 'mereka comeback setelah setle down..lambat panas..tapi ada ruang tuk perbaiki' kata jurulatih UKM FC En.Sulaiaman. Gol-gol UKM berjaya dihasilkan oleh Din (3 gol), Zaem (2 gol) dan Pian (1 gol). Sama-sama kita doa kan kejayaan pasukan UKM yang bertanding pada Kejohanan Sukan Pantai MASUM 2012 yang sedang berlangsung sekarang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment