Thursday, 13 December 2012

PASUKAN KRIKET UKM AKHIRI KEMPEN 2012 DENGAN KEJUARAAN

Pasukan kriket UKM mengakhiri kempen tahun 2012 dengan kejayaan yang begitu manis apabila menggondol kesemua kejuaraan yang disertai sepanjang tahun 2012. Lebih manis lagi apabila UKM berjaya muncul juara Piala Datuk Bandar Kuala Lumpur yang diesertai oleh 4 lagi pasukan kelab handalan di Malaysia. UKM muncul juara slepas berjaya memenangi 3 perlawanan dan satu seri sekaligus mengetepikan juara 3 kali iaitu Royal Selangor Club dengan kelebihan 2 mata. Pasukan UKM yang dibarisi hampir kesemuanya pemain kebangsaan memulakan kempen dengan menundukkan UiTM dan diakhir saingan UKM diberikan kemenangan percuma setelah pasukan TUDM menarik diri atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Antara kejuaraan yang telah digondol oleh pasukan UKM pada tahun 2012 adalah, Kriket T20 Piala Menteri Pengajian Tinggi 2012, Perisai Raja-Raja Antara Negeri 2012, International Inter-Varsity 2012, Perisai Naib Canselor 2012 dan yang terbaru ialah Piala Datuk Bandar Kuala Lumpur 2012. Ini merupakan tahun paling cemerlang bagi pasukan UKM apabila berjaya memenangi kesemua kejuaraan yang disertai pada tahun ini. Tahniah diucapkan kepada semua pemain dan pegawai yang sentiasa menyokong pasukan kriket UKM. Diharapkan UKM berjaya mengekalkan rentak kemenangan ini pada tahun hadapan. Sama-sama kita doakan.

No comments:

Post a Comment