Shafiq Sharif kanan dan Haziq Zainudin bertopi merah
masih kekal di lapangan tengah bagi membantu pasukan Malaysia
Perlawanan diantara Malaysia menentang Singapura bagi merebut Piala Saudara yang berlangsung di Singapura terpaksa dihentikan seketika akibat hujan. Perlawanan yang menggunakan format innings selama 3 hari itu merupakan acara tahunan diantara Malaysia dan Singapura. Perlawanan yang bermula semalam itu menyaksikan pasukan Singapura berjaya mengumpulkan 233 larian dengan pungutan angka tertinggi pasukan Singapura berjaya dilakukan oleh A Param apabila berjaya melakukan 85 larian. Masuk sesi kedua hari ini, pasukan Malaysia berjaya mengumpulkan 117 larian dalam 41 overs dan 4 pemukul telah dikeluarkan ke astaka. Selepas tamat 41 overs, pemukul sensasi Malaysia juga ketua pasukan berjaya mengumpulkan 52 larian (kekal) bersama pemain meningkat naik Haziq Zainudin dengan 7 larian (kekal) yang berjaya dilakukan. Sama-sama kita doakan kejayaan pasukan Malaysia yang melibatkan 8 orang pemain dari UKM.
Ikuti perkembangan terkini perlawanan di laman web http://www.crichq.com/matches/23970....
No comments:
Post a Comment