Wednesday, 23 January 2013

KRIKET T20 PIALA MENTERI PENGAJIAN TINGGI : UKM MUDAH ATASI UIA

UKM tidak perlu bersusah payah untuk menundukkan pasukan UIA untuk mencapai kemenangan ketiga berturut-turut setakat ini. UKM yang memenangi undian dan meminta untuk memadang terlebih dahulu dan berjaya menyekat pukulan UIA setakat angka 69 larian. Pemutar meningkat naik dari UKM Muhammad Faruq Hakimin berjaya membuat balingan terbaik apabila berjaya meranapkan pemukul lawan sebanyak 4 wicket dalam 4 over dan hanya memberi 4 larian. Pada sesi kedua, ketua pasukan UKM Ahmad Faiz dan juga pemukul perkasa UKM, Faizal A.Hasan tidak menghadapi kesukaran untuk melakukan pukulan dan berjaya mengatasi angka 69 larian dalam 11 over. Pemutar UKM, Muhammad Faruq Hakimin telah dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan tersebut. Tahniah UKM.. Sama-sama kita mendoakan kejayaan memihak kepada pasukan UKM...

1 comment:

  1. Mana scorenya?Takkan tiada score card..patut bgi lah score ringakasan.

    ReplyDelete