Thursday, 24 January 2013

KRIKET T20 PIALA MENTERI PENGAJIAN TINGGI : SHAHRUL NIZAM KEMBALI DI LANDASAN TERBAIK

Pemutar UKM, Shahrul Nizam telah satu peningkatan yang membanggakan apabila berjaya meranapkan 5 wicket USM pada perlawanan terakhir pusingan awal pagi tadi. Shahrul Nizam yang kembali bermain selepas 3 bulan tidak bermain dimana-mana kejohanan akibat kecederaan. Pada perlawanan pagi tadi, UKM yang membuat sedikit robakan apabila merehatkan 3 pemain utama termasuklah ketua pasukan UKM Ahamad Faiz. UKM yang memenangi undian telah memilih untuk memadang terlebih dahulu dan berjaya menyekat larian USM setakat angka 54. Pemukul pembukaan UKM, Haziq Zainudin dan Aliman Ahmad tidak menghadapi sebarang masalah apabila berjaya melepasi angka 55 semasa over memasuki angka 6. Pemain terbaik perlawanan telah diberikan kepada pemutar UKM, Shahrul Nizam.

Shahrul Nizam dipilih sebagai pemain terbaik
perlawanan diantara UKM vs USM

No comments:

Post a Comment