Tuesday, 22 January 2013

KRIKET T20 PIALA MENTERI PENGAJIAN TINGGI : PERMULAAN YANG BAIK BAGI UKM

Pasukan UKM bermula dengan baik dalam 2 perlawanan pembukaan selepas berjaya menumpaskan UCTI dan AiU. Pada perlawanan pertama menentang UCTI semalam, UKM terlebih dahulu melakukan pukulan dan berjaya mengumpul 184 larian dengan pungutan angka tertinggi berjaya dilakukan oleh ketua pasukan UKM, Ahmad Faiz dengan pungutan 66 larian tanpa tewas diikuti oleh Faizal A.Hasan dengan angka 48 juga tanpa tewas. UKM berjaya menyekat angka larian UCTI setakat 75 larian. Ketua pasukan UKM, Ahmad Faiz telah dipilih sebagai pemain terbaik pada perlawanan tersebut. Pada aksi kedua pasukan UKM pagi tadi menentang pasukan AiU, UKM terlebih dahulu diminta untuk masuk memadang. UKM seolah-olah tidak memberi sebarang ruang mahupun peluang kepada pasukan AiU apabila berjaya mengeluarkan semua pemukul lawan setakat angka 68 larian. UKM mudah mengatasi lawan semasa over memasuki angka 12 dengan kehilangan 4 wicket. Pemutar utama UKM, Nik Azril telah dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan apabila berjaya memungut 4 wicket lawan. Lebih manis lagi Nik Azril berjaya melakukan hatrik apabila berjaya menumbangkan 3 pemukul lawan dalam 3 balingan berturut-turut.

\
Ahmad Faiz menerima piala pemain terbaik selepas berjaya 
mengumpul 66 larian tanpa tewas semalam

No comments:

Post a Comment