Monday, 31 December 2012

PASUKAN KRIKET UKM MENDAPAT UNDANGAN DARI UNIVERSITI NEGERI PADANG, INDONESIA

Pasukan kriket UKM telah dijemput untuk memperkenalkan sukan kriket di Universiti Negeri Padang, Indonesia dari 28-30 disember 2012. Ini merupakan klinik kriket yang pertama kalinya dijalankan di luar negara bagi pasukan kriket UKM. Undangan ini merupakan satu penghargaan tertinggi bagi pasukan kriket UKM kerana universiti di luar negara telah memandang serius tentang sukan kriket ini. Layanan yang diberikan oleh pihak Universiti Negeri Padang dan Persatuan Keolahragaan Sumatera Barat kepada rombongan UKM di sana juga sangat memuaskan dan boleh dianggap ianya adalah satu layanan istimewa yang pernah diterima oleh pasukan kriket UKM.

bergambar kenangan selepas perlawanan pertunjukan/persahabatan diantara 
pasukan Sumatera Barat vs UKM







Tuesday, 18 December 2012

GAMBAR-GAMBAR KEMENANGAN PASUKAN KRIKET UKM

Juara Piala Naib Canselor UKM 2012

Juara T20 Piala Menteri Pengajian Tinggi 2012

Juara Perisai Raja-Raja Melayu 

Juara Kriket Undangan Varsiti Antarabangsa 2012

Juara Piala Datuk Bandar KL 2012 (Gambar lama 2tahun lepas)





Thursday, 13 December 2012

PASUKAN KRIKET UKM AKHIRI KEMPEN 2012 DENGAN KEJUARAAN

Pasukan kriket UKM mengakhiri kempen tahun 2012 dengan kejayaan yang begitu manis apabila menggondol kesemua kejuaraan yang disertai sepanjang tahun 2012. Lebih manis lagi apabila UKM berjaya muncul juara Piala Datuk Bandar Kuala Lumpur yang diesertai oleh 4 lagi pasukan kelab handalan di Malaysia. UKM muncul juara slepas berjaya memenangi 3 perlawanan dan satu seri sekaligus mengetepikan juara 3 kali iaitu Royal Selangor Club dengan kelebihan 2 mata. Pasukan UKM yang dibarisi hampir kesemuanya pemain kebangsaan memulakan kempen dengan menundukkan UiTM dan diakhir saingan UKM diberikan kemenangan percuma setelah pasukan TUDM menarik diri atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Antara kejuaraan yang telah digondol oleh pasukan UKM pada tahun 2012 adalah, Kriket T20 Piala Menteri Pengajian Tinggi 2012, Perisai Raja-Raja Antara Negeri 2012, International Inter-Varsity 2012, Perisai Naib Canselor 2012 dan yang terbaru ialah Piala Datuk Bandar Kuala Lumpur 2012. Ini merupakan tahun paling cemerlang bagi pasukan UKM apabila berjaya memenangi kesemua kejuaraan yang disertai pada tahun ini. Tahniah diucapkan kepada semua pemain dan pegawai yang sentiasa menyokong pasukan kriket UKM. Diharapkan UKM berjaya mengekalkan rentak kemenangan ini pada tahun hadapan. Sama-sama kita doakan.

Saturday, 1 December 2012

SUKAN PANTAI MASUM 2012 : BOLA TAMPAR DAN BOLA SEPAK TEMPAH TIKET KE PERLAWANAN AKHIR

2 pasukan dari Universiti Kebangsaan Malaysia berjaya mendapat tempat ke perlawanan akhir selepas menundukkan lawan masing-masing di peringkat separuh akhir. Pasukan bola sepak pantai UKM mudah mengetepikan saingan UTEM pada aksi separuh akhir apabila berjaya menundukkan pasukan lawan dengan jaringan 5-2. Kelima-lima gol pasukan UKM FC dijaringkan oleh Baharom 2 gol, Rijal 1 gol, Pian 1 gol dan Faiz 1 gol. Bagi pasukan bola tampar pantai pula, pingat emas sudahpun menjadi milik UKM apabila pasukan UKM 'A' dan UKM 'B' bakal membuat perhitungan di perlawanan akhir petang nanti. Sama-sama kita mendoakan agar pasukan UKM berjaya di perlawanan akhir petang nanti. Go UKM Go....

SUKAN PANTAI MASUM 2012 : UKM BENAM EGO UITM



UKM FC berjaya membenam ego pasukan UiTM pada perlawanan ketiga bagi pasukan UKM di Kejohanan Sukan Pantai MASUM 2012 yang berlangsung di Port Dickson sebentar tadi. UKM sekali lagi telah menampilkan kehebatan tersendiri apabila sekali lagi bangkit dari ketinggalan 3-1. Pasukan UKM seolah-olah hilang rentak permainan pada peringkat awal permainan. Selepas ketinggalan 3-1, pemain UKM seolah mengganas apabila berjaya bangkit untuk memperoleh kemenangan besar dengan jaringan 6-3. Menurut jurulatih UKM FC semasa ditanyakan mengenai perlawanan menentang UiTM, beliau berkata 'mereka comeback setelah setle down..lambat panas..tapi ada ruang tuk perbaiki' kata jurulatih UKM FC En.Sulaiaman. Gol-gol UKM berjaya dihasilkan oleh Din (3 gol), Zaem (2 gol) dan Pian (1 gol). Sama-sama kita doa kan kejayaan pasukan UKM yang bertanding pada Kejohanan Sukan Pantai MASUM 2012 yang sedang berlangsung sekarang.

SAUDARA CUP MALAYSIA vs SINGAPORE : PERLAWANAN TERHENTI KERANA HUJAN

Shafiq Sharif kanan dan Haziq Zainudin bertopi merah
 masih kekal di lapangan tengah bagi membantu pasukan Malaysia

Perlawanan diantara Malaysia menentang Singapura bagi merebut Piala Saudara yang berlangsung di Singapura terpaksa dihentikan seketika akibat hujan. Perlawanan yang menggunakan format innings selama 3  hari itu merupakan acara tahunan diantara Malaysia dan Singapura. Perlawanan yang bermula semalam itu menyaksikan pasukan Singapura berjaya mengumpulkan 233 larian dengan pungutan angka tertinggi pasukan Singapura berjaya dilakukan oleh A Param apabila berjaya melakukan 85 larian. Masuk sesi kedua hari ini, pasukan Malaysia berjaya mengumpulkan 117 larian dalam 41 overs dan 4 pemukul telah dikeluarkan ke astaka. Selepas tamat 41 overs, pemukul sensasi Malaysia juga ketua pasukan berjaya mengumpulkan 52 larian (kekal) bersama pemain meningkat naik Haziq Zainudin dengan 7 larian (kekal) yang berjaya dilakukan. Sama-sama kita doakan kejayaan pasukan Malaysia yang melibatkan 8 orang pemain dari UKM.
Ikuti perkembangan terkini perlawanan di laman web http://www.crichq.com/matches/23970....