Saturday, 23 February 2013

PERISAI RAJA-RAJA : UKM KEKALKAN KEJUARAAN

Pasukan kriket UKM berjaya mengekalkan kejuaraan Perisai Raja-Raja yang dimenangi tahun lepas, selepas berjaya menewaskan pasukan Tentera pada aksi penuh dramatik petang tadi. UKM yang memenangi undian telah memilih untuk memukul terlebih dahulu. Pada permulaan perlawanan, UKM seolah-olah hilang rentak permainan apabila 4 wicket awal berjaya dikeluarkan oleh pemain Tentera semasa larian cuma mencecah 30 larian. Penjaga wicket UKM, Shafiq Sharif berjaya menunjukkan taring sebenar apabila berjaya mengumpulkan 74 larian untuk membantu UKM mengumpulkan 149 larian. Pada sesi kedua, pasukan UKM yang turun memadang dengan semangat untuk memenangi permainan berjaya menyekat kemaraan pasukan tentera setakat 141 larian semasa over memasuki angka 48. Pmutar kanan UKM, Nik Azril berjaya meranapkan 4 wicket pasukan Tentera manakala pemutar kiri UKM, Shahrulnizam Yusof berjaya meranapkan 3 wicket Tentera sudah cukup untuk membantu pasukan UKM menjuarai Perisai Raja-Raja buat kali ke-4. Shafiq Sharif telah dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan akhir manakala Faizal A.Hasan berjaya dinobatkan sebagai pemain terbaik kejohanan selepas berjaya menunjukkan aksi mantap sepanjang kejohanan berlangsung.

UKM kalahkan Tentera dengan 8 larian.
Universiti Kebangsaan Malaysia 149 (46.3 over) Shafiq Sharif 74, Fitri Sham 18, Faizal Abu Hassan 14, Faruq Hakimin Azmi 10.  Norwira Zazmie A. Halim 4-21, Syazrul Ezat Idrus 3-13.
Tentera 141 (48 over) Suharril Fetri Shuib 41, Ariffin Ramly 39, Hairil Anuar 20, Norwira Zazmie A. Halim 19.  Nik Azril Arifin 4-17, Shahrulnizam Yusof 3-14.
Pemain terbaik babak akhir: Shafiq Sharif (UKM).
Pemain terbaik kejohanan: Faizal Abu Hassan (UKM)


Shafiq Sharif (Pemain terbaik babak akhir)

Faizal A.Hasan (Pemain terbaik kejohanan)

Barisan pemain dan pegawai UKM

Barisan UKM bersama Perisai yang dimenangi

Terbaik !!!!!










Thursday, 21 February 2013

PERISAI RAJA-RAJA 2013 : UKM DAN TENTERA TENTUKAN JUARA

UKM dan Tentera sekali lagi bakal berentap pada babak akhir bagi saingan merebut Perisai Raja-Raja 2013 yang akan berlangsung sabtu ini. UKM dan tentera yang turun sebagai pasukan pilihan tidak berhadapan dengan masalah apabila kedua-dua pasukan mudah menundukkan lawan masing-masing pada saingan separuh akhir sebentar tadi. UKM yang telah mendapat suntikan semangat apabila jurulatih yang diimport dari bangladesh telah kembali bersama pasukan UKM selepas cuti nya tamat telah membenam pasukan UiTM dengan 7 wicket di Oval UKM, Bangi sebentar tadi. UiTM telah memenangi undian dan memaksa UKM memadang terlebih dahulu pada sesi pertama. Pemain UKM seolah-olah tidak memberikan sedikitpun ruang kepada pasukan UiTM untuk mengumpulkan larian angka yang tinggi apabila berjaya menyekat kemaraan pasukan UiTM setakat angka 87. UKM yang melakukan pukulan pada sesi kedua mudah melepasi angka sasaran iaitu 88 larian pada over ke 26 dengan kehilangan 3 wicket. Pemukul perkasa UKM saudara Faizal A.Hasan dan ketua pasukan UKM saudara Faiz M.Noor sekali lagi menjadi wira UKM apabila masing-masing berjaya mengumpulkan 26 larian (Faizal) & 34 larian (Faiz) tanpa tewas pada perlawanan sebentar tadi. Ketua pasukan UKM telah dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan selepas berjaya mengumpul 34 larian tanpa tewas. UKM bakal bertemu dengan 1 lagi pasukan pilihan iaitu Tentera pada saingan babak akhir nanti selepas pasukan Tentera menundukkan pasukan Negeri Sembilan sebentar tadi dalam satu lagi saingan separuh. Doakan kejayaan memihak kepada pasukan UKM pada babak akhir nanti. Insya'Allah


UKM kalahkan UiTM dengan 7 wiket.
UiTM 87 (45.3 over) Nor Azli Karim 31, Tajudin Ismail 13, Faizshal Niaz-Lyn 12, Azman Tajri 10.  Nik Azril Arifin 3-16, Fitri Sham 2-4, Haziq Zainudin 2-10, Shahrulnizam Yusof 2-13,
UKM 90-3 (26 over) Faiz M. Noor kekal 34, Faizal Abu Hassan kekal 26, Fitri Sham 12.  Faeiz Redzuan Tarmizi 2-29.
Pemain terbaik: Faiz M. Noor (UKM).

Ketua pasukan UKM, Faiz M.Noor

Wednesday, 20 February 2013

PERISAI RAJA-RAJA 2013 : UKM JUARA KUMPULAN 'B'

UKM yang turun beraksi menentang Negeri Sembilan sebentar tadi dengan misi untuk menjadi juara kumpulan 'b' telah berjaya memenangi perlawanan dengan perbezaan 4 wickets. Negeri Sembilan yang memenangi undian telah memilih untuk memukul terlebih dahulu berjaya mengumpul 104 larian apabila pemain UKM berjaya mengeluarkan semua pemukul Negeri Sembilan semasa aksi memasuki over 44. Penjaga wicket Negeri Sembilan telah berjaya membuat pungutan angka tertinggi bagi pasukan Negeri Sembilan apabila berjaya mengumpul 33 larian. 2 pemutar kiri UKM, Fitri Sham dan juga Faruq Hakimin masing berjaya meranapkan 4  dan 2 wicket pasukan Negeri Sembilan. Pada sesi kedua perlawanan, pasukan UKM nampak serba tidak menjadi apabila 4 pemukul utama UKM telah di hantar pulang ke luar padang sebelum over ke 10. Faizal A.hasan dan juga Faruq Hakimin sekali lagi menjadi wira bagi pasukan UKM apabila masing-masing berjaya mengumpul 31 dan 40 larian bagi meletakkan UKM berada di landasan yang tepat untuk memenangi perlawanan sebentar tadi. Faruq Hakimin telah dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan sebentar tadi apabila berjaya menunjukkan aksi memukau semasa perlawanan itu. Pasukan UKM bakal bertemu dengan satu lagi gergasi IPTA yang diundang pada kejohanan kali ini iaitu UiTM pada aksi separuh akhir pagi esok di Oval UKM, Bangi bagi menentukan pasukan mana yang akan mara ke babak akhir.

UKM kalahkan Negeri Sembilan dengan 4 wiket.
Negeri Sembilan 104 (44.3 over) Ibrahim Khalil Zakaria 33, Anwar A. Rahman 15, Hadi Halem 15.  Fitri Sham 4-29, Faruq Hakimin Azmi 3-18.
UKM 108-6 (32.5 over) Faruq Hakimin Azmi 40, Faizal Abu Hassan 31, Nik Azril Arifin kekal 12.   Azwar Tajri 4-34.
Pemain terbaik: Faruq Hakimin Azmi (UKM).

Faruq Hakimin yang berjaya dipilih sebagai
pemain terbaik perlawanan apabila
menjadi wira UKM sebentar tadi
 

Tuesday, 19 February 2013

PERISAI RAJA-RAJA 2013 : UKM KEKAL REKOD TANPA KALAH DALAM 2 PERLAWANAN AWAL

Pasukan kriket UKM yang turun beraksi pada kejohanan tahun ini sebagai juara bertahan tidak menghadapi masalah apabila mudah menundukkan pasukan TLDM dan juga pasukan Kelantan pada perlawanan yang berlangsung semalam dan juga hari ini. Semalam UKM memulakan aksi menentang pasukan TLDM tidak menghadapi masalah apabila berjaya menumpaskan itu dengan 9 wickets. TLDM diarahkan untuk mememukul terlebih dahulu apabila ketua pasukan UKM memenangi undian pada sesi pagi. Kesemua pemukul TLDM berjaya dikeluarkan setakat angka 33 larian. UKM mudah melepasi angka sasaran iaitu 34 larian semasa over keenam. Aliman Ahmad yang merupakan pembaling pembukaan pasukan UKM berjaya dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan tersebut. Pada aksi menentang Kelantan sebentar tadi, UKM terlebih dahulu memilih untuk memukul selepas berjaya memenangi undian. Pada permulaan permainan, pasukan UKM bermula agak perlahan sehingga kehilangan beberapa wicket pada awal saingan. Selepas over mencecah angka 30, pemukul UKM bermula garang apabila berjaya melakukan beberapa pukulan besar melepasi kawasan boundry sehingga berjaya mengumpul 204 larian. Pemukul perkasa UKM, Faizal A.Hassan berjaya mengumpul 80 larian dalam aksi tersebut. Perlawanan terpaksa ditangguhkan akibat hujan. Sejurus perlawan bersambung, pasukan UKM tidak menunggu lama apabila berjaya meranapkan pemukul Kelantan semasa saingan memasuki over 34. Pasukan Kelantan cuma berjaya mengumpulkan 62 larian. Faizal A.Hasan telah dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan sebentar tadi.

UKM won the toss elected to field 1st
TLDM batting 1st - score 33 runs all out in 20+overs..
UKM pass the score in 6 overs 1 wickets down..
Result - UKM won by 9 wickets -

Man of the match - Aliman Ahmad


UKM won the toss elected to bat 1st 
UKM score 204 runs in 50 overs 8 wickets - Muhammad Faizal Abu Hassan 80 runs, AliMan AhMad 22 not out, Muhammad Fitri Mohd Sham 18, Muhammad Haziq Zainudin 13, Faiz M. Noor12
After D/L, UKM score 192 in 43 overs
Kelantan all out 62 runs in 35.3 overs
RESULT - UKM won by 130 runs
Man Of The Match - Muhammad Faizal Abu Hassan