Pemain UKM melangkah keluar dari padang selepas tamat babak pertama perlawanan ketika menentang UiTM Perlis sebentar tadi
Walaupun UKM bermain dengan 10 orang pemain semasa perlawanan memasuki minit ke 50 perlawanan sebentar tadi, UiTM Perlis langsung tidak dapat menggunakan peluang yang ada apabila perlawanan berakhir dengan kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan dalam aksi yang berlangsung di Stadium UKM petang tadi. Malahan, UKM nampak lebih bertenaga semasa babak kedua perlawanan. UKM berpeluang melakukan jaringan namun pertahanan dan penjaga gol UiTM Perlis menafikan percubaan-percubaan yang menarik oleh pemain UKM. Pasukan UKM masih mempunyai 1 lagi perlawanan dalam peringkat kumpulan pada hari khamis ini menentang UiTM Pahang di Stadium UKM. Sama-sama kita doakan kejayaan pasukan UKM FC.
No comments:
Post a Comment